Show Mobile Navigation

Rabu, 15 Oktober 2014

6 Fakta Tentang Jam Tangan Apple

AdminBRH.MY - 10/15/2014
The Apple Watch atau jam tangan Apple ini merupakan salah satu kombinasi sensor dan antara muka yang inovatif dalam menyediakan pengalaman baru pada pergelangan tangan si pemakainya. Jam tangan Apple ini boleh digunakan bersama model iphone 5 atau model terkemudian. Jam tangan  Apple ini menyediakan data kecergasan dan maklumat penjejakan peribadi disamping fungsi biasa iaitu masa dan fungsi lain.

Beberapa aspek menarik yang pada jam tangan Apple ini ialah:


1.  Paparan Retina Peka - Daya 

apple watch
credit: Apple

Jam tangan ini mempunyai paparan retina peka - daya yang boleh membezakan sama ada sentuhan yang dilakukan ialah tekan atau ketuk. Skrin jam ini dilindungi oleh lapisan yang diperbuat daripada batu nilam. 


2. Mahkota Digital

digital crown
Credit: Apple



Apple Watch turut mempunyai mahkota digital (digital crown) yang boleh dipusing dan ditekan untuk memanipulasi antara muka jam tersebut. Memutarkan digital crown ini membolehkan pengguna untuk zoom dan skrol paparan dengan lebih tepat. Ia juga boleh ditekan untuk kembali kepada menu utama.


3. Sensor


apple watch sensor
Credit: Apple
Jam tangan ini turut dilengkapi dengan sensor degupan jantung. Sensor ini menggunakan infared dan, LED dan fotodiod untuk mengesan kadar degupan jantung si pemakainya. Apple Watch ini turut menggunakan sensor ini bersama-sama meter pecut, GPS dan Wi-Fi daripada iPhone untuk mengukur sebarang aktiviti fizikal daripada berdiri hinggalah bersenam.


4. Taptic Engine


taptic engine
Credit: Apple

Taptic Engine istilah yang digunakan untuk mengambarkan penggerak linear yang terdapat dalam jam tangan Apple ini. Taptic Engine ini akan menghasilkan tindak balas haptik. Pengguna akan merasakan tindak balas haptik yang berbeza di pergelangan tangan setiap kali menerima sebarang pemberitahuan atau ketika melakukan sebarang tindakan seperti memutarkan crown atau menekannya.


5. Semua dalam 1


chip
Credit: Apple
Cip S1 ini merupakan salah satu teknologi Apple yang terbaik dengan mengecilkan seluruh seni bina komputer ke dalam satu cip. Jam ini turut mempunyai Wi-Fi 802.11 b/g dan Bluetooth 4.0.


6. Power Up

cas
Credit: Apple

Mengecas jam tangan mungkin perkara baru bagi pengguna jam tangan. Apple Watch mengabungkan teknologi MagSafe dengan pengecasan induktif. Ia merupakan sistem tertutup sepenuhnya. Untuk mengecas Apple Watch, pengguna hanya perlu memegang penyambung dibelakang jam tangan ini dan magnet akan menariknya ke tempatnya secara automatik.

Sabtu, 11 Oktober 2014

7 Fakta Tentang Anjing

AdminBRH.MY - 10/11/2014
Anjing sememangnya dikenali dengan kepekaan dan kesetiaan mereka. Anjing juga dikatakan kawan baik kepada manusia dan sangat setia kepada tuannya. Antara kisah manusia dan anjing yang menarik perhatian dan menyentuh hati masyarakat dunia ialah kisah seekor anjing (baka Akita) yang bernama Hachiko yang telah difilemkan pada tahun 2009. Antara beberapa fakta menarik yang mungkin tidak diketahui kita ialah:


1. Deria Bau


anjing baka bloodhound
Bloodhound

Anjing mempunyai 300 juta reseptor bau berbanding manusia iaitu 6 juta reseptor. Bahagian otak anjing yang digunakan untuk menganalisa bau pula 40 kali lebih besar daripada manusia.  Kelebihan ini membolehkan anjing mengesan bau sesuatu atau makanan pada jarak beberapa kilometer dari lokasi mereka. Anjing baka Bloodhound merupakan anjing yang tertua yang mengesan melalui bau. Baka ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengumpul bukti dan penyiasatan. Bukti yang dikesan oleh Bloodhound diterima pakai oleh mahkamah undang-undang.


2. Salakan Membawa Maksud Berbeza

anjing menyalak


Setiap salakan anjing membawa maksud yang berbeza. Menurut penyelidik dari Hungary, manusia boleh mengklasifikasikan vokal salakan anjing kepada beberapa kategori dan memahami emosi mereka. Uji pemahaman anda mengenai jenis-jenis salakan anjing di sini.


3. Kepintaran Anjing

Anjing boleh memahami sehingga 250 perkataan dan isyarat, boleh mengira sehingga lima (5) dan menyelesaikan masalah matematik yang mudah. Kepintaran anjing secara puratanya ialah sebaya kanak-kanak berumur dua tahun.


4. Anjing Bermimpi Seperti Manusia

anjing tidur

Sekiranya anda ada melihat anjing anda tergerak-gerak dalam tidurnya, itu tandanya anjing anda seding bermimpi. Penyelidik mendapati bahawa anjing mempunyai corak tidur dan aktiviti otak yang sama dengan manusia. Anak anjing lebih banyak bermimpi berbanding anjing dewasa. Seperti manusia, kanak-kanak akan lebih mengalami mimpi berbanding individu dewasa.


5. Kelenjar Peluh Anjing


tapak kaki anjing

Anjing hanya mempunyai kelenjar peluh pada bahagian tapak kakinya sahaja. Cara utama anjing menyejukkan badan mereka ialah dengan mengah.


6. Anak Anjing Buta dan Pekak

anak anjing

Anak anjing yang baru lahir masih dalam tumbesaran. Jadi lubang telinga dan matanya masih tertutup. Kebiasaannya, anak anjing ini akan mengambil masa sehingga dua minggu untuk membuka mata mereka dan bertindak balas dengan bunyi.


7. Bahasa Ekor Anjing

ekor anjing

Menurut Discovery.com, anjing akan mengoyangkan ekornya ke kanan sekiranya mereka gembira, ke kiri sekiranya mereka takut. Mengoyangkan pada paras rendah bermakna mereka tidak selamat atau terancam dan mengoyangkan ekor secara cepat diikuti ketegangan otot atau anak mata yang mengembang adalah isyarat keagresifan.


Rabu, 8 Oktober 2014

5 Fakta Tentang Peluh

AdminBRH.MY - 10/08/2014
Berpeluh atau peluh merupakan salah satu cara badan kita menyejukkan kembali badan setelah melakukan sesuatu aktiviti yang menjana haba berlebihan. Selain itu, berpeluh turut berlaku akibat cuaca yang panas, perasaan marah dan stres, dan juga makan makanan yang berempah dan pedas. Beberapa fakta menarik mengenai peluh ialah:


1. Kelenjar Peluh

 peluh
Secara puratanya, setiap orang mempunyai sebanyak 2.6 juta kelenjar peluh dalam kulit mereka. Kelenjar peluh ini terletak pada lapisan kulit yang dikenali sebagai 'dermis'.


2. Kelenjar Serumineous

bahagian telinga
Kelenjar serumineous merupakan kelenjar peluh yang diubahsuai dan terletak pada lapisan luar telinga manusia. Kelenjar ini menghasilkan tahi telinga yang dikatakan  untuk menghalang benda asing memasuki lubang telinga termasuklah serangga.


3. Peluh Tidak Membakar Lemak


sel lemak
Peluh sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan pembakaran lemak badan manusia. Tiada perhubungan antara berapa banyak kita berpeluh dan berapa banyak lemak dibakar. Amalan pemakanan dan senaman yang betul merupakan kunci kepada pengurangan berat badan.

4. Mengeluarkan Haba


air

Jika seseorang mampu mengeluarkan peluh sebanyak 1 liter iaitu bersamaan 1000g/1kg dalam masa satu jam, sebanyak 540 000 kalori haba boleh disingkirkan dari badan mereka.

5. Peluh yang Banyak


peluh banyak

Peluh yang banyak tanpa membabitkan emosi dan aktiviti fizikal terutamanya di tapak tangan dan bawah lengan boleh dikaitkan dengan hiperhidrosis atau diaforesis. Peluh yang berlebihan juga merupakan salah satu simptom menopaus.

Ahad, 5 Oktober 2014

Senarai Orang Paling Kaya di US

AdminBRH.MY - 10/05/2014
Berbanding tahun 2013 iaitu 20 orang, seramai 27 pendatang baru dalam The Forbes 400 telah menempa nama mereka sebagai orang terkaya di US. Pendatang baru yang paling kaya tersenarai dalam The Forbes 400 ialah pengasas aplikasi telefon pintar, Whatsapp iaitu Jan Koum dengan kekayaan bersih sebanyak $ 7.6 bilion (RM 24.76 bilion).

2 Elizabeth Holmes

Usia: 30 tahun  Kekayaan Bersih: $4.5 bilion (RM 14.66 bilion)

Mencapai kejayaan sebagai antara orang terkaya di US selepas mempelopori kaedah menguji darah yang lebih murah, cepat dan lebih baik. Merupakan wanita termuda yang tersenarai dalam Forbes 400.

elizabeth holmes forbes 400
Elizabeth Holmes

3 Harry Stine

Usia: 70 tahun  Kekayaan Bersih: $ 2.6 bilion (RM 8.47 bilion)

Usahawan dalam bidang pertanian yang mengusahakan  kacang soya dan bakal membenihkan benih jagung yang hebat. Anggaran jualan $ 1 bilion.

harry stine forbes 400
Harry Stine


4 David Walentas

Usia: 75 tahun  Kekayaan Bersih: $1.7 bilion (RM 5.5 bilion)

Membesar daripada keluarga miskin di New York. Bapanya lumpuh dan terpaksa memerah susu lembu untuk menyara kehidupan. Pernah bekerja sebagai pencuci tangki septik tentera di Greenland. Mula membuat pelaburan dalam hartanah NYC pada lewat 1960-an.

david walentas forbes 400
David Walentas


5 Russell Weiner

Usia: 44 tahun  Kekayaan Bersih: $2.5 bilion (RM 8.1 bilion)

Pengasas minuman tenaga.

russell weiner forbes 400
Russell Weiner

Antara penyenarai baru dalam Forbes 400:

1. Jan Koum ($7.6 bilion)(RM 24.76 bilion)

2. Carl Cook ($6 bilion)(RM 19.66 bilion)

3. Mark Shoen ($4 bilion)(RM13 bilion)

4. Brian Acton ($3.4 bilion)(RM11 bilion)

5. Evan Williams ($3.2 bilion)(RM10.4 bilion)

6. George Bishop ($3 bilion)(RM9.7 bilion)

7. Travis Kalanick ($3 bilion)(RM9.7 bilion)

8. and 9. Gary Rollins, Randall Rollins ($3 bilion)(RM9.7 bilion)

10. Joseph Grendys ($2.4 bilion)(RM7.8 bilion)

11. John Kapoor ($2.4 bilion)(RM7.8 bilion)

12. Karen Boyd ($2.2 bilion)(RM7.2 bilion)

13. and 14. Herbert Louis and Josephine Louis ($2.2 bilion)(RM7.2 bilion)

15. Douglas Leone ($2 bilion)(RM6.5 bilion)

16. Forrest Preston ($2 bilion)(RM6.5 bilion)

17. Mark Walter ($1.75 bilion)(RM 5.7 bilion)

18. William Ackman ($1.75 bilion)(RM 5.7 bilion)

19. Larry Robbins ($1.7 bilion)(RM 5.5 bilion)

20. Vincent Viola ($1.7 bilion)(RM 5.5 bilion)

21. Jon Yarbrough ($1.7 bilion)(RM 5.5 bilion)

22. Jonathan Gray ($1.6 bilion)(RM 5.2 bilion)

23. Alan Auerbach ($1.55 bilion)(RM5.0 bilion)


Next
Editor's Choice