Show Mobile Navigation

Sabtu, 11 Oktober 2014

7 Fakta Tentang Anjing

AdminBRH.MY - 10/11/2014
Anjing sememangnya dikenali dengan kepekaan dan kesetiaan mereka. Anjing juga dikatakan kawan baik kepada manusia dan sangat setia kepada tuannya. Antara kisah manusia dan anjing yang menarik perhatian dan menyentuh hati masyarakat dunia ialah kisah seekor anjing (baka Akita) yang bernama Hachiko yang telah difilemkan pada tahun 2009. Antara beberapa fakta menarik yang mungkin tidak diketahui kita ialah:


1. Deria Bau


anjing baka bloodhound
Bloodhound

Anjing mempunyai 300 juta reseptor bau berbanding manusia iaitu 6 juta reseptor. Bahagian otak anjing yang digunakan untuk menganalisa bau pula 40 kali lebih besar daripada manusia.  Kelebihan ini membolehkan anjing mengesan bau sesuatu atau makanan pada jarak beberapa kilometer dari lokasi mereka. Anjing baka Bloodhound merupakan anjing yang tertua yang mengesan melalui bau. Baka ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengumpul bukti dan penyiasatan. Bukti yang dikesan oleh Bloodhound diterima pakai oleh mahkamah undang-undang.


2. Salakan Membawa Maksud Berbeza

anjing menyalak


Setiap salakan anjing membawa maksud yang berbeza. Menurut penyelidik dari Hungary, manusia boleh mengklasifikasikan vokal salakan anjing kepada beberapa kategori dan memahami emosi mereka. Uji pemahaman anda mengenai jenis-jenis salakan anjing di sini.


3. Kepintaran Anjing

Anjing boleh memahami sehingga 250 perkataan dan isyarat, boleh mengira sehingga lima (5) dan menyelesaikan masalah matematik yang mudah. Kepintaran anjing secara puratanya ialah sebaya kanak-kanak berumur dua tahun.


4. Anjing Bermimpi Seperti Manusia

anjing tidur

Sekiranya anda ada melihat anjing anda tergerak-gerak dalam tidurnya, itu tandanya anjing anda seding bermimpi. Penyelidik mendapati bahawa anjing mempunyai corak tidur dan aktiviti otak yang sama dengan manusia. Anak anjing lebih banyak bermimpi berbanding anjing dewasa. Seperti manusia, kanak-kanak akan lebih mengalami mimpi berbanding individu dewasa.


5. Kelenjar Peluh Anjing


tapak kaki anjing

Anjing hanya mempunyai kelenjar peluh pada bahagian tapak kakinya sahaja. Cara utama anjing menyejukkan badan mereka ialah dengan mengah.


6. Anak Anjing Buta dan Pekak

anak anjing

Anak anjing yang baru lahir masih dalam tumbesaran. Jadi lubang telinga dan matanya masih tertutup. Kebiasaannya, anak anjing ini akan mengambil masa sehingga dua minggu untuk membuka mata mereka dan bertindak balas dengan bunyi.


7. Bahasa Ekor Anjing

ekor anjing

Menurut Discovery.com, anjing akan mengoyangkan ekornya ke kanan sekiranya mereka gembira, ke kiri sekiranya mereka takut. Mengoyangkan pada paras rendah bermakna mereka tidak selamat atau terancam dan mengoyangkan ekor secara cepat diikuti ketegangan otot atau anak mata yang mengembang adalah isyarat keagresifan.