Show Mobile Navigation

Rabu, 15 Oktober 2014

,

6 Fakta Tentang Jam Tangan Apple

AdminBRH.MY - 10/15/2014
The Apple Watch atau jam tangan Apple ini merupakan salah satu kombinasi sensor dan antara muka yang inovatif dalam menyediakan pengalaman baru pada pergelangan tangan si pemakainya. Jam tangan Apple ini boleh digunakan bersama model iphone 5 atau model terkemudian. Jam tangan  Apple ini menyediakan data kecergasan dan maklumat penjejakan peribadi disamping fungsi biasa iaitu masa dan fungsi lain.

Beberapa aspek menarik yang pada jam tangan Apple ini ialah:


1.  Paparan Retina Peka - Daya 

apple watch
credit: Apple

Jam tangan ini mempunyai paparan retina peka - daya yang boleh membezakan sama ada sentuhan yang dilakukan ialah tekan atau ketuk. Skrin jam ini dilindungi oleh lapisan yang diperbuat daripada batu nilam. 


2. Mahkota Digital

digital crown
Credit: Apple



Apple Watch turut mempunyai mahkota digital (digital crown) yang boleh dipusing dan ditekan untuk memanipulasi antara muka jam tersebut. Memutarkan digital crown ini membolehkan pengguna untuk zoom dan skrol paparan dengan lebih tepat. Ia juga boleh ditekan untuk kembali kepada menu utama.


3. Sensor


apple watch sensor
Credit: Apple
Jam tangan ini turut dilengkapi dengan sensor degupan jantung. Sensor ini menggunakan infared dan, LED dan fotodiod untuk mengesan kadar degupan jantung si pemakainya. Apple Watch ini turut menggunakan sensor ini bersama-sama meter pecut, GPS dan Wi-Fi daripada iPhone untuk mengukur sebarang aktiviti fizikal daripada berdiri hinggalah bersenam.


4. Taptic Engine


taptic engine
Credit: Apple

Taptic Engine istilah yang digunakan untuk mengambarkan penggerak linear yang terdapat dalam jam tangan Apple ini. Taptic Engine ini akan menghasilkan tindak balas haptik. Pengguna akan merasakan tindak balas haptik yang berbeza di pergelangan tangan setiap kali menerima sebarang pemberitahuan atau ketika melakukan sebarang tindakan seperti memutarkan crown atau menekannya.


5. Semua dalam 1


chip
Credit: Apple
Cip S1 ini merupakan salah satu teknologi Apple yang terbaik dengan mengecilkan seluruh seni bina komputer ke dalam satu cip. Jam ini turut mempunyai Wi-Fi 802.11 b/g dan Bluetooth 4.0.


6. Power Up

cas
Credit: Apple

Mengecas jam tangan mungkin perkara baru bagi pengguna jam tangan. Apple Watch mengabungkan teknologi MagSafe dengan pengecasan induktif. Ia merupakan sistem tertutup sepenuhnya. Untuk mengecas Apple Watch, pengguna hanya perlu memegang penyambung dibelakang jam tangan ini dan magnet akan menariknya ke tempatnya secara automatik.