Show Mobile Navigation
kesihatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Ahad, 26 Oktober 2014

5 Cara Menghapuskan Lemak Perut

AdminBRH.MY - 10/26/2014

1. Makan Makanan Basah

oat

Makanan basah ialah makanan yang mengandungi air 70% atau lebih dan mempunyai 5 gram serat atau lebih bagi setiap hidangan. Makanan basah mempunyai air yang banyak untuk mencuci sistem badan kita dan memerangi radangan. Terdapat beberapa krateria untuk mengenali makanan basah:

  1. Buah-buahan  dan sayur-sayuran yang berair seharusnya berjus jika digigit atau dipotong. Sebagai contoh, avokado dan pisang BUKAN makanan basah.
  2. Jika makanan tersebut membengkak atau memerlukan air atau cecair untuk disediakan, ia boleh dikira sebagai makanan basah. Sebagai contoh, kacang kering, oat dan benih chia.


2. Gunakan Jeruk untuk Membersihkan Sistem Pencernaan


Kita mempunyai pelbagai jenis bakteria dalam usus kita. Ada sebahagiannya baik dan berguna untuk untuk proses pencernaan dan ada juga yang tidak baik untuk sistem pencernaan.Jumlah bakteria baik dan jahat bergantung kepada makanan yang kita makan. Makanan yang salah akan mengakibatkan bakteria jahat membiak dalam usus besar kita yang membuatkan lapisan usus kita bocor dan berlaku keradangan.

Bakteria jahat ini boleh diperangi dengan mengambil jeruk sebagai snek. Apa yang perlu diberi perhatian ialah jeruk itu haruslah rendah kandungan garam. Jeruk dibungkus dengan probiotik yang dapat mencegah pertumbuhan yang berbahaya dan mengurangkan keradangan dalam usus.


3. Kurangkan Rasa Lapar dengan Tepung Acacia

tepung acacia

Tepung acacia ini umpama pil diet tanpa campuran bahan kimia. Ia berasal daripada kulit pokok acacia. Tepung ini akan memudahkan kita berasa kenyang sekiranya diambil ketika makan dan membuatkan kita makan lebih sedikit. Pastikan anda minum satu gelas besar air bersama-sama dengan juadah anda.


4.  Kecutkan Sel Lemak dengan Catechin dan CLA

teh hijau

CLA merujuk kepada Conjugate Linoleic Acid. Ia dikenalpasti boleh mengurangkan lemak dan meningkatkan jisim otot. CLA memudahkan proses badan membebaskan lemak. Manakala Catechin membantu badan membakar lemak. Kajian menunjukkan antioksidan ini mendorong pemecahan lemak. Gabungan dua bahan ini membolehkan lemak dihapuskan pada bahagian teras badan kita.

Catechin boleh diperoleh daripada teh hijau. Untuk kesan maksima, minum 2 cawan setiap pagi. Biarkan teh tersebut selama 20 minit dan minum semasa masih suam. CLA pula boleh didapati di farmasi dalam bentuk supplemen. Ambil 3 400 mg sehari.


5. Tingkatkan Kadar Metabolisma dengan Cili

cili

Tingkatkan kadar metabolisma badan dengan menambah cili dalam makanan harian. Cili dapat meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 20% untuk 30 minit setelah kita memakannya.

Rabu, 8 Oktober 2014

5 Fakta Tentang Peluh

AdminBRH.MY - 10/08/2014
Berpeluh atau peluh merupakan salah satu cara badan kita menyejukkan kembali badan setelah melakukan sesuatu aktiviti yang menjana haba berlebihan. Selain itu, berpeluh turut berlaku akibat cuaca yang panas, perasaan marah dan stres, dan juga makan makanan yang berempah dan pedas. Beberapa fakta menarik mengenai peluh ialah:


1. Kelenjar Peluh

 peluh
Secara puratanya, setiap orang mempunyai sebanyak 2.6 juta kelenjar peluh dalam kulit mereka. Kelenjar peluh ini terletak pada lapisan kulit yang dikenali sebagai 'dermis'.


2. Kelenjar Serumineous

bahagian telinga
Kelenjar serumineous merupakan kelenjar peluh yang diubahsuai dan terletak pada lapisan luar telinga manusia. Kelenjar ini menghasilkan tahi telinga yang dikatakan  untuk menghalang benda asing memasuki lubang telinga termasuklah serangga.


3. Peluh Tidak Membakar Lemak


sel lemak
Peluh sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan pembakaran lemak badan manusia. Tiada perhubungan antara berapa banyak kita berpeluh dan berapa banyak lemak dibakar. Amalan pemakanan dan senaman yang betul merupakan kunci kepada pengurangan berat badan.

4. Mengeluarkan Haba


air

Jika seseorang mampu mengeluarkan peluh sebanyak 1 liter iaitu bersamaan 1000g/1kg dalam masa satu jam, sebanyak 540 000 kalori haba boleh disingkirkan dari badan mereka.

5. Peluh yang Banyak


peluh banyak

Peluh yang banyak tanpa membabitkan emosi dan aktiviti fizikal terutamanya di tapak tangan dan bawah lengan boleh dikaitkan dengan hiperhidrosis atau diaforesis. Peluh yang berlebihan juga merupakan salah satu simptom menopaus.
Previous
Editor's Choice