1. Half Dome Taman Negara Yosemite
Seramai 60 orang telah menemui ajal mereka ketika mendaki gunung yang dikenali sebagai Half Dome ini. Mempunyai ketinggian melebihi 1500 meter dan pendakian pada 120 meter terakhir adalah hampir menegak dengan bantuan kabel besi yang merupakan bahagian paling berbahaya. Pada tahun 2011, seramai 3 orang pendaki meninggal dunia akibat tergelincir pada laluan ini. Selain tergelincir dan lemas, laporan juga menyatakan terdapat pendaki yang meninggal dunia akibat dipanah petir ketika cuba mendaki.
2. Gunung Berapi Hawaii
Hawai mempunyai gunung berapi yang aktif sebagai lokasi pelancongan. Dengan bayaran sebanyak $100 (RM 327), pelancong akan dibawa hingga ke puncak gunung berapi dan mereka akan berbasikal menuruni gunung tersebut. Kebanyakan kematian berlaku akibat pelancong yang hilang kawalan semasa berbasikal menuruni gunung tersebut. Sepanjang tahun 1992 hingga 2002, Taman Negara Gunung Berapi Hawii melaporkan sebanyak 40 kematian dan 45 kecederaan.
3. Sungai Colorado
Sistem sungai Colorado merupakan antara yang tercantik dan unik didunia. Turut menjadi pilihan seisi keluarga untuk bercuti dan melakukan aktiviti luar. Walau bagaimanapun, sungai Colorado ini telah mencatatkan banyak kematian dan kecelakaan. Pada tahun 2007, sungai ini telah melihatkan 12 kematian dan 176 kecederaan serius. Pada tujuh bulan awal tahun 2014, sebanyak 15 kematian dilaporkan pada laluan air di sini.
4. Cliffs of Moher
Cliffs of Moher merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Ireland. Mempunyai permandangan yang indah menurusi lautan Atlantik. Pada tahun 2006, seorang wanita menemui ajalnya ketika berjalan melalui puncak tebing ini dan ditiup angin sehingga jatuh ke bawah tebing tersebut. Pada tahun 2007, kejadian melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun bersama anaknya yang berusia 4 tahun melompat cenuram setinggi 180 meter. Kejadian ini diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Pada tahun 2010, sebahagian besar birai atas tebing ini runtuh ke dalam laut yang menjadi satu ancaman semulajadi kepada pelancong di Cliffs of Moher ini.
5. El Caminito Del Rey
Credit: wikipedia |
Caminito Del Rey diberi nama bersempena laluan mautnya yang pernah dilalui oleh raja Sepanyol King Alfonso XIII. Laluan manusia ini hanya mempunyai kelebaran 1 meter (masih wujud) dan melalui cenuram setinggi 100 meter. Secara teknikalnya, ia ditutup kepada orang awam setelah 5 kematian diantara tahun 1999 hingga 2000. Walau bagaimanapun, tempat ini masih dikunjungi oleh pendaki setiap tahun.